Wednesday, January 30, 2008

autobiography

Iklan ini jenis autobiography. Hal ini kerana sepanjang iklan ini ditayangkan, iklan ini ada memaparkan jenamanya iaitu sony - intel centrino walaupun tiada suara yang menyatakannya. Iklan ini menunjukkan kegunaan komputer itu sendiri dalam apa jua situasi.

Tuesday, January 29, 2008

ADIDAS


Adidas terkenal kerana barangan sukan dan sangat popular di kalangan kaum adam iaitu lelaki. Namun disebalik popularitinya dalam bidang sukan, Adidas juga ada mengeluarkan barangan untuk kaum wanita. Barangan yang dikeluarkan oleh Adidas kepada wanita bukan sahaja kelengkapan sukan malahan Adidas juga ada mengeluarkan kelengkapan lain yang boleh digunakan oleh wanita. Contoh barang yang dikeluarkan oleh Adidas untuk wanita seperti jam tangan, kasut, baju, skirt dan sebagainya. Sememangnya wanita akan bertambah terserlah keayuannya dengan mengenakan barangan keluaran Adidas.

Monday, January 28, 2008

Kesayangan ku





Tanpa teknologi telefon, tidak lengkap rasanya kehidupan seharian. Telefon memudahkan kita untuk berkomunikasi. Saya akan menggunakan telefon setiap hari untuk memudahkan saya berhubung dengan ahli keluarga saya dan rakan-rakan. Selain itu, melalui telefon saya Nokia 7710, saya dapat mengakses internet secara cepat dan mudah. Bagi saya telefon ini mempunyai kegunaan yang dapat membantu saya setiap masa. Saya akan membawanya kemana sahaja.

Sunday, January 27, 2008

AVON

Produk AVON begitu sinonim dengan wanita seperti alat-alat kosmetik, aksesori, penjagaan wajah, dan barangan lain. Kini AVON bukan sahaja mengeluarkan produk bagi wanita malah lelaki turut dapat memiliki keperluan peribadi mereka. Antara produk yang di keluarkan untuk kaum lelaki iaitu minyak wangi dari pelbagai haruman seperti wild country, spirit aqua, wilderness, R.P.M dan sebagainya. Ia sesuai jika ingin di hadiahkan kepada insan tersayang dan anda boleh berkongsi pilihan barangan milik peribadi daripada jenama produk yang sama.

Friday, January 25, 2008

Pilihanku

Bak kata pepatah dari mata turun kehati”. Mascara merupakan produk kosmetik yang bukan sahaja untuk mewarnakan malah melentikkan bulu mata wanita. Ia adalah idaman setiap wanita yang inginkan penampilan anggun, cantik dan memukau pandangan setiap mata yang memandang. Saya menggunakannya setiap hari supaya kelihatan lebih segar dan pastinya membawa keyakinan diri sepanjang menjalani aktiviti harian sebagai seorang mahasiswi. Saya memilih produk dari M.A.C kerana ciri-cirinya yang istimewa iaitu kalis air, tahan lebih lama dan mengandungi vitamin E bagi penjagaan mata saya. Kemana sahaja saya pergi ia tetap bersama kerana saiznya yang mudah dibawa.