Showing posts with label Tugasan 7. Show all posts
Showing posts with label Tugasan 7. Show all posts

Saturday, March 29, 2008

3 produk

Produk-
Iklan diatas menerangkan mengenai produk Olay. Produk tersebut mempunyai khalayak sasaran iaitu perempuan yang berumur 30-60 tahun.

Servis-
Pada tahun 2005 Malaysia Airlines (MAS) telah menawarkan perkhidmatan tambang pergi balik promosi antarabangsa terus adalah bagi laluan-laluan dari Kuching ke Pontianak, Perth, Hong Kong, Guangzhou dan Frankfurt. rangkaian antarabangsa MAS keluar dari Kuching adalah lima kali seminggu ke Pontianak, empat kali seminggu ke Hong Kong, tiga kali seminggu setiap satu ke Guangzhou dan Frankfurt, dan sekali seminggu ke Perth. Tambang pergi balik bagi destinasi antarabangsa terus dari Kuching itu menawarkan diskaun sehingga 40 peratus. Tambang-tambang promosi menawarkan untuk perjalanan penumpang-penumpang dewasa (tidak termasuk cukai, insurans dan sercaj bahanbakar) ke Pontianak ialah RM295; Perth (RM895); Hong Kong (RM950); Guangzhou (RM950) dan Frankfurt (RM2,425). Penumpang-penumpang kanak-kanak juga menikmati diskaun selanjutnya. Khalayak sasaran Mas adalah golongan berniaga (35-67 tahun) dan golongan yang sederhana (pendapatyan RM1000.00 keatas) serta berkeluarga (20-45 tahun).

Point of view-
Iklan diatas merupakan satu iklan yang dikeluarkan olen Tenaga Nasional Berhad (TNB). Iklan tersebut tidak mengiklankan produk TNB tersebut tetapi lebih kepada iklan tanggungjawab sosial. Iklan tersebut memberi didikan kepada masyarakat agar berjimat cermat dalam penggunaan elektrik di rumah dan jangan membuat pembaziran elektrik. Target sasaran iklan tersebut adalah masyarakat berkeluarga yang berumeu diantara 22 tahun – 57 tahun bagi perempuan dan lelaki sekitar 20 tahun sehingga 60 tahun. Selain khalayak sasarannya keluarga, ikaln ini juga mensasarkan kanak-kanak juga sebagai khalayak sasaran iaitu sekitar umur 6 tahun sehingga 17 tahun.






Saturday, March 22, 2008

Demographic,Psychographic


Produk

Pihak periklanan menggunakan penyanyi dan pelakon Amy Mastura sebagai model produk. Di sini pasaran sasarannya di fokus berdasarkan ciri demographic iaitu khalayak sasaran adalah wanita. Dari segi psychographic iaitu gaya hidup dimana setiap wanita mementingkan kecantikan dan penjagaan kulit muka untuk tampil jelita. Maka produk ini di cipta untuk wanita tanpa mengira usia. Hal ini dapat dibuktikan dengan slogan yang disertakan iaitu “awet muda dan pencerah kulit” dan “Jelita tanpa mengira usia”.

Perkhidmatan

Italk dari TM menawarkan perkhidmatan telefon pra-bayar. Dari segi demographic, iklan ini disasarkan kepada khalayak yang berpendapatan sederhana. Italk mempromosi masa berbual 60 minit ke Negera China dengan kadar harga RM 6.00 dan lain-lain Negara iaitu Singapura, Australia, Taiwan, Hong kong, USA dan UK dengan kadar yang berpatutan per minit. Promosi yang di tawarkan mampu menarik khlayak sasaran yang berpendapatan sederhana. Dari segi psycographic, promosi yang ditawarkan dapat melengkapkan gaya hidup dan memberi kepuasan kepada khalayak sasaran, melalui tema “Cakap banyak-banyak, Bayar kurang”.


Point of view , Iklan korporat

Khalayak sasaran iklan ini dari segi demographic adalah kepada golongan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. Dari segi psychographics, Tanggungjawab sosial melalui mesej yang cuba di sampaikan oleh syarikat PETRONAS ini bertujuan memupuk kesedaran kanak-kanak tentang pentingnya nilai-nilai murni iaitu persahabatan atau sifat setia kawan dalam waktu suka dan duka. Walaupun kehidupan di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya namun nilai murni harus di terapkan dalam diri bagi menjalani kehidupan yang lebih harmoni.