Saturday, March 22, 2008

Demographic,Psychographic


Produk

Pihak periklanan menggunakan penyanyi dan pelakon Amy Mastura sebagai model produk. Di sini pasaran sasarannya di fokus berdasarkan ciri demographic iaitu khalayak sasaran adalah wanita. Dari segi psychographic iaitu gaya hidup dimana setiap wanita mementingkan kecantikan dan penjagaan kulit muka untuk tampil jelita. Maka produk ini di cipta untuk wanita tanpa mengira usia. Hal ini dapat dibuktikan dengan slogan yang disertakan iaitu “awet muda dan pencerah kulit” dan “Jelita tanpa mengira usia”.

Perkhidmatan

Italk dari TM menawarkan perkhidmatan telefon pra-bayar. Dari segi demographic, iklan ini disasarkan kepada khalayak yang berpendapatan sederhana. Italk mempromosi masa berbual 60 minit ke Negera China dengan kadar harga RM 6.00 dan lain-lain Negara iaitu Singapura, Australia, Taiwan, Hong kong, USA dan UK dengan kadar yang berpatutan per minit. Promosi yang di tawarkan mampu menarik khlayak sasaran yang berpendapatan sederhana. Dari segi psycographic, promosi yang ditawarkan dapat melengkapkan gaya hidup dan memberi kepuasan kepada khalayak sasaran, melalui tema “Cakap banyak-banyak, Bayar kurang”.


Point of view , Iklan korporat

Khalayak sasaran iklan ini dari segi demographic adalah kepada golongan kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. Dari segi psychographics, Tanggungjawab sosial melalui mesej yang cuba di sampaikan oleh syarikat PETRONAS ini bertujuan memupuk kesedaran kanak-kanak tentang pentingnya nilai-nilai murni iaitu persahabatan atau sifat setia kawan dalam waktu suka dan duka. Walaupun kehidupan di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya namun nilai murni harus di terapkan dalam diri bagi menjalani kehidupan yang lebih harmoni.

No comments: