Thursday, February 21, 2008

Analisis produk




Analisis iklan


Jenis mesej yang di komunikasikan dalam iklan yang di siarkan merupakan mesej berbentuk drama. Ianya memaparkan tentang produk makanan dengan tujuan mempromosikan coklat Japp yang mampu memberi lebihan tenaga setelah memakannya. Lazimnya, coklat paling ramai di gemari daripada golongan kanak-kanak perempuan dan lelaki serta golongan wanita berbanding lelaki dewasa. Maka iklan ini boleh di anggap sebagai satu pembaharuan dimana jalan cerita atau drama yang di sampaikan mengandungi elemen pembujukan kepada gologan lelaki dewasa untuk membeli dan merasa kelazatan coklat Japp.

Pemegang watak utama dalam iklan ini seolah-olah mempunyai tenaga yang luar biasa sehingga mampu menolak sebuah kenderaan yang berhampiran sudut jalan raya jatuh ke dalam gaung . Walaupun ianya tidak logik dek akal, namun unsur jenaka dalam iklan ini yang cuba di ketengahkan mampu di fahami dan menarik minat khalayak yang menonton.

Wednesday, February 13, 2008

Banner

sila click di atas

Banner yang wujud dalam portal ini menarik perhatian disebabkan oleh warna yang digunakan. Banner ini boleh didapati dalam utusan online http://www.utusan.com.my/ . Portal pendidikan utusan ini menarik disebabkan oleh pengubah suaian yang baru dimana pengubah suaian ini mengabungkan warna yang lebih menarik. Hal ini kerana warna memainkan peranan yang penting dalam menarik pengguna kerana portal pendidikan biasanya kurang menarik untuk dilayari tetapi portal pendidikan utusan ini telah menggunakan pendekatan warna untuk menarik perhatian pengguna.

Monday, February 11, 2008

Analisis

Rajah 1 : Perbandingan produk makanan