Tuesday, March 25, 2008

10 istilah


1. TRACKBACK
Trackback merupakan satu alat yang digunakan oleh penulis untuk mengesan individu yang melayari artikel yang disediakan. Hal ini terjadi apabila pelayar membuat pautan pada dokumen ataupun artikel penulis dan alat ini memberitahu penulis mengenai kehadiran pelayar yang menggunakannya.

2. DIGG
Ia terhasil dari sosial bookmarking, blogging, dan sindiket dalam bentuk yang tidak tersususun dan ia akan disusun atas kawalan pengarang yang ada. Pengguna diberikan kuasa terhadap laman-laman web yang ada dan ia akan dipromosikan oleh pengguna berdasarkan kepada satu system berdasarkan kedudukan yang ada.

3. TAG
Tag digunakan dalam HTML dan ia berfungsi untuk memberi petunjuk sekiranya wujud satu lebihan muatan dalam satu muka surat. Hal ini terjadi dalam penggunaan laman web.

4. BLOGROLL
Ia merupakan sejenis blog tetapi yang membezakannya adalah kedudukannya iaitu ditepi blog yang ada. Ia berbentuk dalam bentuk bar dan ini adalah senarai cadangan pemilik blog kepada pelayar untuk melihat dan membaca blog yang lain.

5. MASHUP
Ia merupakan satu peralatan yang membolehkan seseorang individu mengabungkan data yang sedia ada kepada sumber yang lain. Hal ini bertujuan untuk pembaharuan data yang asala kepada yang baru.

6. SOCIA MEDIA
Ia merupakan satu interaksi antara manusia dengan teknologi iaitu internet ataupun laman web untuk tujuan perkongsian maklumat samada data, gambar dan sebagainya. Contohnya Friendster.
7. SOCIO BOOKMARK
Socio bookmark merupakan satu sistem yang digunakan oleh pengguna internet untuk menanda sesuatu laman web utnuk ingatan pengguna dan pengguna boleh menyimpan, mengendalikan dan mencari serta mneguruskan laman web melalui metadata. Sistem ini boleh disimpan secara sulit dan hanya berkongsi dengan individu tertentu ataupun milik persendirian.

8. SOCIO MEDIA OPTIMIZATION (SMO)
SMO merupakan ejen pencarian yang digunakan untuk tujuan publisiti yang digunakan melalui laman web dan media social. Contohnya video-video yang digunakan di You Tube.

9. DELICIOUS
Ia satu perkhidmatan web social bookmarking untuk storan, perkongsian dan penemuan petanda web. Pengguna boleh menggunakan nombor untuk petanda. Petanda ini merupakan gabunagn yang diwujudkan dan carian akan memaparkan semua maklumat hasil dari gabungan yang diberikan.

10. TYPELIST
Ia merupakan satu gabungan (kompil) data yang pelbagai yang digunakan dalam meta pengaturcaraan. Ia membenarkan pengguna untuk menyenaraikan data yang pelbagai dalam satu masa dengan unsure yang berlainan. Contohnya ialah ttl::meta::typelist

No comments: